Rabu, 16 November 2011

Hati-hati, Gambar Lucah Mengganas di Facebook !



Kepada kawan2 ku yg dihormati..Sekarang ni ada virus yang dah menjangkiti rangkaian Friendster , Tagged , MySpace , Facebook.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita .. Sekiranya berlaku , seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT.. Lepas kita "SIGN IN" balik , virus ini akan mula beroperasi dan ia a......kan... menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di Friendster,Tagged,MySpace,Facebook, dll ni melalui comment dengan menggunakan nama kita..Secara langsung,ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri..Pada kawan2 sekalian,sekiranya anda menerima gambar yang bukan-bukan (lucah) daripada ID saya,ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut .. Saya tidak akan melakukannya sebab saya menghormati kawan2 saya.HARAP MAKLUM..SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA!
Boleh berkongsi pada rakan rakan yang lain berkaitan info ni. Atau tekan button like atau share :)
                                                             SHARING IS CARING :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 18 Oktober 2011

ANDA PERLU TAHU ~



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin 
anda yang meminggirkan mereka. 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan 
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi 
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, 
caci & cela. 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 29 September 2011

PERISTIWA BESAR 2012


Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Di sini saya ingin coretkan sesuatu yang saya rasa mungkin kita berkesempatan melalaluinya, insyaAllah seandainya diizinkan Allah SWT. Setelah membaca beberapa artikel yg berkaitan dan dgn kejadiaan gunung berapi merapi saya rasa saya perlu berkongsi dgn sahabat sekalian. Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang.  Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi).Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu. ALLAH sahaja maha mengetahui. Cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". 
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umatislam...ALLAHHUAKBAR

Semoga perkongsian ni meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyaakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan...

Wallahu'alam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 27 September 2011

Jom Layan Lirik ~


salam alls..mlam ni terasa sunyi semacam jer..atau aku jer yg terasa sunyi?? huhuhu.. emmm mkin sebab hujan dari tadi pagi sampai la sekarang..

Takpe..sekarang ni kita amek take-Five sebentar.. kita up kan topik pasal lagu/video yang aku cilok kat Tube-U. hahahaha suka suka ja nak tukar ayat.

Hari jumaat lepas, masa dalam kereta nak gi tengok wayang crita bini biniku gangster, tengah layan lagu sambil terperangkap dalam trafik jam, tetiba radio mainkan lagu yang dah lama aku tak dengar ni.

Lagu paling romantis dan boleh menyentuh perasaan siapa sahaja yang mendengar. Anda tak normal kalau tak rasa apa-apa dengan lagu ni.-hehehe

Lagu dinyanyikan oleh Michael Kiske bekas penyanyi Helloween bertajuk KEEP THE FLAME ALIVE Memang menyentuh jiwa.
Orang yang tak kechiwa macam aku pun boleh tengelam dalam keasyikan lagu tersebut, ini kan pulak mereka-mereka yang sedang kechiwa. Takpe, nak tambahkan lagi kekecewaan korang, korang layan je lagu ni. -hahaha…

Sambil layan lagu best ni, rajin-rajin la scroll ke bawah tengok2 dan jgan la segan segan tekan butang likes hehehe..Layanzzzzz…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 26 September 2011

NEW FACEBOOK ! KURANG PRIVACY


"KEPADA SEMUA KAWAN2 & AHLI KELUARGA SAYA DI FACEBOOK, 

Boleh tolong sy utk buat satu perkara nih : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari "Comments & Likes" dan klik situ [uncheck the choice]. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan. 

terima kasih banyak atas pertolongan :) lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kananHome (ticker) facebook dan menjadi tontonan ramai. 

seorang kawan berkongsi dgn sy dan sy harap anda semua sudi buat benda yg sama utk mengelakkan facebook menjadi hendapbook.. " 

(sumber: wall post facebook aku la!! LOL) 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 24 September 2011

ABANG TUNGGU MAK D SYURGA KISAH BENAR SILA BACA KOMPOM NANGIS T__T


Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang
.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perutabang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa.
Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.
Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut.
Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 14 Ogos 2011

setiap 3.6 seorang mati kelaparan di dunia


"Aku makan bila aku rasa lapar". (Mahatma Gandhi)

Kita semua kenal siapa Mahatma Gandhi, yang terkenal dengan mogok laparnya dan kesanggupan berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer demi sebuah keadilan dan hak kesaksamaan manusia sejagat. Tetapi, blog ni bukan membawa kita melihat s
iapa pejuang kebebasan India ini, tetapi lebih berkenaan dengan isu kekurangan makanan sejagat. serta kematian akibat LAPAR|.
Untuk pengetahuan semua, Mahatma Gandhi bukan mati kerana lapar tetapi, kerana dibunuh oleh kerana KEADILAN yang dia cuba tegakkan.

Statistik menarik... 
Menrurut statistik "World Health Organization", sekurang-kurangnya seorang mati dalam 3.6 saat setiap hari kerana kelaparan. Yang sedihnya ialah, ia melibatkan ramai kanak-kanak. Di jangkakan 16,000 kanak-kanak mati kelaparan dan kurangnya nutrasi setiap hari.

Masalah ini berlaku kerana kemiskinan global yang meningkat sepanjang tahun. Pada tahun 2005 sahaja, 1.4 Billion manusia menghadapi masalah kemiskinan yang dahsyat. Dan angka ini meningkat sebanyak 100-150 Juta pada waktu ekonomi krisis tahun 2008-2009 yang lalu.  Dengan peningkatnya masalah kemiskinan ini, secara langsung telah menyumbang kepada meningkatnya kematian akibat kurangnya makanan.

Bayangkan 1.3 Billion manusia sejagat hanya berharap hidup kepada USD1 setiap hari untuk hidup? Menurut perangkaan UNICEF, 358 Billionaires mempunyai harta yang pendaptan perkapita 45% negara-negara seluruh dunia. Tetapi kenapa masih ada yang miskin dan mati kebuluran setiap saat? Seorang daripada 8 kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidur dengan perut yang kosong dan kelaparan setiap hari.
Ada ku kisah???

Ya, satu persoalan yang baik, mungkin apa yang kita boleh buat (Kalau kita peduli lah atau kisah lah), setiap kali kita makan, ingat-ingatlah mereka yang mati kebulur kelaparan setiap 3.6 saat tu. Jadi, barulah kita tidak membazirkan makanan yang kita pesan walaupun kita tidak merasa laparkan? Ataupun sekurang-kurangnya mengintakan kita masak secukupnya dan tidak berlebih-lebihan pula.

Seperti penyataan Mahatma Gandhi tadi, makanlah apabila kita betul-betul rasa lapar dan bukannya hanya kerana nafsu makan kita itu. Ya, sesamamu tahu , banyak daripada kita diberkati Tuhan yang maha Esa dengan pekerjaan yang baik serta pendapatan yang memuaskan, jadi memang layak lah kita boleh pesan apa sahaja yang kita mahu makan, tetapi, bukankah lebih baik kita berjimat cermat dalam hal makan apa yang kita perlu sahaja?

Dan, dengan bersederhana di dalam pemakanan kita, kita sebenarnya akan menyumbang kepada kestabilan harga makanan yang semakin melambung di dunia sekarang. Kalaulah kita dapat mengawal nafsu makan kita, sudah pasti kita telah mengawal permintaan makanan yang keterlaluan sehingga menyebabkan harga makanan global melambung tinggi akhirnya secara tidak langsung kita telah memberi beban kepada mereka yang miskin yang bergantung hidup kepada USD1 setiap hari.
Kekurangan makanan ini berpunca daripada pengagihan makanan yang tidak seimbang kepada negara-negara yang kurang berupaya akibat permintaan kepada makanan daripada negara-negara yang maju mahupun membangun sehingga mengakibatkan harga makanan global itu melambung tinggi. Ini mengundang kepada ketidak mampuan negara-negara yang sedia miskin untuk menandingi keperluan makanan yang begitu mahal untuk negara mereka. Akibatnya,ramai kanak-kanak yang mati kelaparan.


"Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi aku makan..." (Mat 25:35)

Ya, beringatlah ketika makan ya...apa yang kita makan, dan bazirkan...ada orang yang mati kelaparan tau...

Apabila kita melihat gambar-gambar mereka ini, kita dapat merasakan betapa peritnya kehidupan mereka yang hanya inginkan sesuap nasi sisa daripada lebihan makanan kita yang kita bazirkan. Dan bagi mereka ini, ia amat bererti untuk hidup malah untuk sesaat pun..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 11 Ogos 2011

JOM LAYAN LAGU RAYA :)

                                                       
Malam - malam macam ni, saja hilangkan boring layan internet. Sambil - sambil minum milo sambil dengar lagu raya perghhhh ~ Rasa pelik plak dengar lagu raya di luar musim puasa dan raya.
Kebetulan puasa tahun ni jatuh pada hari Isnin, 1 Ogos. jadi raya pertama jatuh pada malam kemerdekaan.. ngeh ngeh..
Kalau kat rumah ni, dengar sorang - sorang. Tak jadi hal. Pasang kuat - kuat pun xda sapa nak marah. Mungkin housemate aku jerr marah kot. Hehehe.

Bila dengar - dengar balik koleksi lagu raya ni, aku suka rentak lagu raya lama -lama. Rasa syahdu semacam. Kiranya kemeriahan hari raya memang terasa. Walaupun, dicipta lagu raya baru atau dinyanyikan semula lagu raya lama. Aku rasa tak sama. Mesti suka yang original jugak.

Tambahan pulak, aku ni jauh dri keluarga. Dengar lagu "Dendang Perantau", memang meronta - ronta nak balik kampung.  Harap-harap cuti raya ni panjang...
Lagu raya memang jadi kegemaran untuk di pasang di pusat beli - belah. Sambil shopping, sambil dengar lagu raya. Layan jerr. Tak lah boring sangat shopping. Kalau orang bertandang masa hari raya, memang pasang lagu raya. Saja nak memeriahkan suasana.

Kalau lagu raya yang baru, tak menusuk ke jiwa sangat. Boleh dibilang lagu yang sedap didengar. Tak semua boleh diterima. Harap tahun ni adalah lagu baru yang sedap didengar.   ini adalah antara lagu raya yang tidak pernah bosan aku dengar smpi sekarang.. KU POHON RESTU AYAH BONDA ..layansss ~~






SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 10 Ogos 2011

Nombor telefon di facebook-sila jaga privasi anda

Benda ni ada yang cakap dah lama, tapi baru-baru ni saja orang mula perasan. Al-kisahnya sebelum ni aku memang tak pernah letak nombor telefon dalam facebook. Tak ada faedah pun kan letak kat situ. Lagipun kena jaga privasi lebih di social network ni.

Tapi baru-baru ni bila aku nak buat satu application di facebook, tak perlulah nak aku cerita application apa, tak ada kaitan dengan korang pun kot. Aku kena verify dulu akaun facebook dengan isi code yang di hantar ke telefon. Aku isi nombor telefon untuk verify je lah.

Tak pernah pun sebelum ni aku isi maklumat telefon di bahagian info di profile. Tapi bila aku check balik semalam, nombor telefon aku ada terpampang di info. Pelik, pelik.. 

Kalau aku tak silap, ini bermakna, kalau korang tak isi nombor di bahagian info. Tak ada nombor korang dekat situ. Sebelum ni jika pernah verify account pun nombor akan automatik ada di info.

Nak remove senang. Pergi ke profile > info > edit(contact information) > phones(delete no fon korang kat sini) >save changes

Nak tengok nombor orang lain, pergi ke account>edit friends>phonebook

 P/ S : Kalau  lelaki, diorang memang tak kisah kalau kena kacau. lagi suka kot kalau yang kacau tu perempuan..hahahahaha. Tapi yang bahaya kalau perempuan kena kacau. Macam-macam boleh jadi. palis palisss.. 
.
                                                          credit star : empunya blog man cheers
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 25 Julai 2011

Sedikit Tips Cara Nak Elak Di Serang Virus Hack Facebook

Cara Nak Elak Di Serang Virus Hack Facebook

Holla..memandangkan ramai yang  sebarkan virus hack FB tu..meh sini kita sama-sama belajar macam mana nak hilangkan sedikit kerisauan terhadap virus ini..


1) Mula-mula asingkan friends korang yang mana penting dalam satu list..dah buat?
  Pergi kat Profile ---> Edit Friends ---> Create List ---> Pilih friends korang.
2) Lepas tu pergi kat chatbox bawah tu..ada button setting 'gambar skru tu'..tekan button tu..
3) Ada empat pilihan kan..


PREVENTION IS BETTER THAN CURE

   i) Kalau nak OFFLINE terus walaupun kita sedang ber'ONLINE'..tekan Available to Chat..
   ii) Kalau nak ONLINE untuk list mereka yang penting tadi tu.. tekan Limit Availabiliy then pilih 'Only Make Available to' ..pilihla list yang korang dah create tadi..


 4) Dah siap!..itu sahaja..


So, mungkin cara ini boleh menghilangkan kegusaran dihati masing-masing atau kurangkan proses penyebaran virus ini..


Selamat mencuba!

credit star : man cheers
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 18 Julai 2011

jom layan lagu ini :)



Salam 2 all,

Malam ni sejuk sebab masih berhujan dari siang tadi.

Sambil duduk boring-boring sementara nak menunggu rasa mengantuk datang, apa kata kita sama-sama layan sebuah lagu lama ni. Ini antara lagu-lagu kegemaran aku dulu-dulu zaman rock jiwang.


credit star : man cheers
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 17 Julai 2011

DREAMTHEATER AUTO CLUB: 10 Kereta Termahal DI Dunia 2011

DREAMTHEATER AUTO CLUB: 10 Kereta Termahal DI Dunia 2011: "Hai semua.. Sebenarnya saya ada impian juga memiliki sebuah kereta import yang memiliki harga yang mahal kerana kualiti dan gayanya.. Tapi....."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 7 Julai 2011

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lawak Pendek

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lawak Pendek
Posted by admin cheers
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 3 Julai 2011

boikot zionis ! boikot israel !

Salam,rakan2 sekalian dimohon utk : Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C) :\ Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 , cari gmbr b,nama J0285926.Anda akan temukan gmbr Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka). Sebaiknya korang delete! Gmbr t,sebut ada di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA. *COPY PASTE*
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

menghitung hari demi hari :)


Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Rasulullah bersabda bermaksud: â€Å“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
credit to man cheers
credit star to tuan empunya blog
renung renung dan selamat beramal..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 10 Jun 2011

thankssss~



assalamualaikum n salma sejahtera kepada semua~


ingin ku rakamkan di sini dengan ucapan ribuan terimasss kasih kepada semua.. yang telah memberi ucapan hepi besday atau hari lahir buat aku ... Tak kiralah melalui telefon, sms ataupun melalui facebook.. sesungguhnya aku sangat2 terharu dan menghargainya di atas ingatan & ucapan dari kalian semua... Tiada apa yang dapat aku berikan selain dari ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua. Syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah ini... semoga doa rakan2 semua dimakbulkan Allah.. Amin ya rabbal alamin.. :))

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed