Rabu, 10 Ogos 2011

Nombor telefon di facebook-sila jaga privasi anda

Benda ni ada yang cakap dah lama, tapi baru-baru ni saja orang mula perasan. Al-kisahnya sebelum ni aku memang tak pernah letak nombor telefon dalam facebook. Tak ada faedah pun kan letak kat situ. Lagipun kena jaga privasi lebih di social network ni.

Tapi baru-baru ni bila aku nak buat satu application di facebook, tak perlulah nak aku cerita application apa, tak ada kaitan dengan korang pun kot. Aku kena verify dulu akaun facebook dengan isi code yang di hantar ke telefon. Aku isi nombor telefon untuk verify je lah.

Tak pernah pun sebelum ni aku isi maklumat telefon di bahagian info di profile. Tapi bila aku check balik semalam, nombor telefon aku ada terpampang di info. Pelik, pelik.. 

Kalau aku tak silap, ini bermakna, kalau korang tak isi nombor di bahagian info. Tak ada nombor korang dekat situ. Sebelum ni jika pernah verify account pun nombor akan automatik ada di info.

Nak remove senang. Pergi ke profile > info > edit(contact information) > phones(delete no fon korang kat sini) >save changes

Nak tengok nombor orang lain, pergi ke account>edit friends>phonebook

 P/ S : Kalau  lelaki, diorang memang tak kisah kalau kena kacau. lagi suka kot kalau yang kacau tu perempuan..hahahahaha. Tapi yang bahaya kalau perempuan kena kacau. Macam-macam boleh jadi. palis palisss.. 
.
                                                          credit star : empunya blog man cheers
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan