Khamis, 11 Ogos 2011

JOM LAYAN LAGU RAYA :)

                                                       
Malam - malam macam ni, saja hilangkan boring layan internet. Sambil - sambil minum milo sambil dengar lagu raya perghhhh ~ Rasa pelik plak dengar lagu raya di luar musim puasa dan raya.
Kebetulan puasa tahun ni jatuh pada hari Isnin, 1 Ogos. jadi raya pertama jatuh pada malam kemerdekaan.. ngeh ngeh..
Kalau kat rumah ni, dengar sorang - sorang. Tak jadi hal. Pasang kuat - kuat pun xda sapa nak marah. Mungkin housemate aku jerr marah kot. Hehehe.

Bila dengar - dengar balik koleksi lagu raya ni, aku suka rentak lagu raya lama -lama. Rasa syahdu semacam. Kiranya kemeriahan hari raya memang terasa. Walaupun, dicipta lagu raya baru atau dinyanyikan semula lagu raya lama. Aku rasa tak sama. Mesti suka yang original jugak.

Tambahan pulak, aku ni jauh dri keluarga. Dengar lagu "Dendang Perantau", memang meronta - ronta nak balik kampung.  Harap-harap cuti raya ni panjang...
Lagu raya memang jadi kegemaran untuk di pasang di pusat beli - belah. Sambil shopping, sambil dengar lagu raya. Layan jerr. Tak lah boring sangat shopping. Kalau orang bertandang masa hari raya, memang pasang lagu raya. Saja nak memeriahkan suasana.

Kalau lagu raya yang baru, tak menusuk ke jiwa sangat. Boleh dibilang lagu yang sedap didengar. Tak semua boleh diterima. Harap tahun ni adalah lagu baru yang sedap didengar.   ini adalah antara lagu raya yang tidak pernah bosan aku dengar smpi sekarang.. KU POHON RESTU AYAH BONDA ..layansss ~~






SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan