Ahad, 14 Ogos 2011

setiap 3.6 seorang mati kelaparan di dunia


"Aku makan bila aku rasa lapar". (Mahatma Gandhi)

Kita semua kenal siapa Mahatma Gandhi, yang terkenal dengan mogok laparnya dan kesanggupan berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer demi sebuah keadilan dan hak kesaksamaan manusia sejagat. Tetapi, blog ni bukan membawa kita melihat s
iapa pejuang kebebasan India ini, tetapi lebih berkenaan dengan isu kekurangan makanan sejagat. serta kematian akibat LAPAR|.
Untuk pengetahuan semua, Mahatma Gandhi bukan mati kerana lapar tetapi, kerana dibunuh oleh kerana KEADILAN yang dia cuba tegakkan.

Statistik menarik... 
Menrurut statistik "World Health Organization", sekurang-kurangnya seorang mati dalam 3.6 saat setiap hari kerana kelaparan. Yang sedihnya ialah, ia melibatkan ramai kanak-kanak. Di jangkakan 16,000 kanak-kanak mati kelaparan dan kurangnya nutrasi setiap hari.

Masalah ini berlaku kerana kemiskinan global yang meningkat sepanjang tahun. Pada tahun 2005 sahaja, 1.4 Billion manusia menghadapi masalah kemiskinan yang dahsyat. Dan angka ini meningkat sebanyak 100-150 Juta pada waktu ekonomi krisis tahun 2008-2009 yang lalu.  Dengan peningkatnya masalah kemiskinan ini, secara langsung telah menyumbang kepada meningkatnya kematian akibat kurangnya makanan.

Bayangkan 1.3 Billion manusia sejagat hanya berharap hidup kepada USD1 setiap hari untuk hidup? Menurut perangkaan UNICEF, 358 Billionaires mempunyai harta yang pendaptan perkapita 45% negara-negara seluruh dunia. Tetapi kenapa masih ada yang miskin dan mati kebuluran setiap saat? Seorang daripada 8 kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidur dengan perut yang kosong dan kelaparan setiap hari.
Ada ku kisah???

Ya, satu persoalan yang baik, mungkin apa yang kita boleh buat (Kalau kita peduli lah atau kisah lah), setiap kali kita makan, ingat-ingatlah mereka yang mati kebulur kelaparan setiap 3.6 saat tu. Jadi, barulah kita tidak membazirkan makanan yang kita pesan walaupun kita tidak merasa laparkan? Ataupun sekurang-kurangnya mengintakan kita masak secukupnya dan tidak berlebih-lebihan pula.

Seperti penyataan Mahatma Gandhi tadi, makanlah apabila kita betul-betul rasa lapar dan bukannya hanya kerana nafsu makan kita itu. Ya, sesamamu tahu , banyak daripada kita diberkati Tuhan yang maha Esa dengan pekerjaan yang baik serta pendapatan yang memuaskan, jadi memang layak lah kita boleh pesan apa sahaja yang kita mahu makan, tetapi, bukankah lebih baik kita berjimat cermat dalam hal makan apa yang kita perlu sahaja?

Dan, dengan bersederhana di dalam pemakanan kita, kita sebenarnya akan menyumbang kepada kestabilan harga makanan yang semakin melambung di dunia sekarang. Kalaulah kita dapat mengawal nafsu makan kita, sudah pasti kita telah mengawal permintaan makanan yang keterlaluan sehingga menyebabkan harga makanan global melambung tinggi akhirnya secara tidak langsung kita telah memberi beban kepada mereka yang miskin yang bergantung hidup kepada USD1 setiap hari.
Kekurangan makanan ini berpunca daripada pengagihan makanan yang tidak seimbang kepada negara-negara yang kurang berupaya akibat permintaan kepada makanan daripada negara-negara yang maju mahupun membangun sehingga mengakibatkan harga makanan global itu melambung tinggi. Ini mengundang kepada ketidak mampuan negara-negara yang sedia miskin untuk menandingi keperluan makanan yang begitu mahal untuk negara mereka. Akibatnya,ramai kanak-kanak yang mati kelaparan.


"Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi aku makan..." (Mat 25:35)

Ya, beringatlah ketika makan ya...apa yang kita makan, dan bazirkan...ada orang yang mati kelaparan tau...

Apabila kita melihat gambar-gambar mereka ini, kita dapat merasakan betapa peritnya kehidupan mereka yang hanya inginkan sesuap nasi sisa daripada lebihan makanan kita yang kita bazirkan. Dan bagi mereka ini, ia amat bererti untuk hidup malah untuk sesaat pun..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan